KUALA LUMPUR, 14 JUN: Kesukaran mendapatkan penderma darah jenis O+ bagi ibunya yang memerlukan transfusi selepas menjalani pembedahan pada bahagian perut, termasuk ada yang meminta bayaran sebelum bersetuju menderma, menjadi titik perubahan bagi Chin Jeck Leng untuk menjadi penderma darah tegar.